PENGUMUMAN PENTING

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 26/2022 KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (MAT KoPKB) Kali Ke 26/2022 akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh             :           31hb Mac 2023 bersamaan 9 Ramadhan 1444H (Jumaat)
Masa              :           8.00 Pagi
Tempat          :           Kelab Suara Muda

  • Fizikal (Dewan Dato’ Haji Isahak, Kelab Suara Muda)
  • Secara Dalam Talian (bagi anggota yang tidak dapat hadir secara fizikal)

Anggota yang menghadiri mesyuarat secara fizikal atau dalam talian perlu membuat Pendaftaran secara dalam talian pada 31hb Mac 2023 (Jumaat) melalui pautan & kod seperti berikut :

Pautan : https://forms.gle/25yx1WTKEXkdRigQ8
Waktu Pendaftaran : 08.00 Pagi – 09.00 Pagi
Waktu Mesyuarat : 09.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Etika Mesyuarat e-AGM :

  1. Anggota perlu memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat sepanjang mesyuarat berlangsung.
  2. Anggota perlu meletakkan NAMA SEBENAR (Nama Penuh) masing-masing seperti di dalam MyKAD beserta No Anggota KoPKB di dalam aplikasi zoom meeting. Sila ‘rename’ nama Tuan/Puan sekiranya nama yang tertera adalah berbeza dari nama sebenar di MyKAD. Contoh : Ali Bin Abu (123)
  3. Pastikan kamera sentiasa dibuka dan mikrofon sentiasa dalam MODE ‘MUTE’.
  4. Anggota tidak dibenarkan keluar (leave) daripada mesyuarat ini sehingga selesai semua agenda mesyuarat.
  5. Sekiranya anggota ingin mengajukan soalan pada agenda yang berkenaan, anggota perlulah menekan icon raise hand terlebih dahulu dan menunggu keizinan Pengerusi Mesyuarat dan anggota hendaklah menekan butang ‘UNMUTE’ sebelum mengutarakan soalan.
  6. Anggota hendaklah mengikuti mesyuarat sehingga selesai bagi melayakkan anggota menerima elaun kehadiran mesyuarat.
  7. Ruangan CHAT BOX yang tersedia di ‘Zoom Meeting’ hanya digunakan untuk pertanyaan berkenaan teknikal sahaja dan sebarang pertanyaan lain tidak akan dijawab oleh urusetia agar setiap anggota dapat menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi mesyuarat berlangsung.
  8. Jika anggota mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan urusetia atau menghubungi pegawai koperasi yang terlibat.

Terima kasih di atas perhatian Tuan/Puan

******************************************************************************

Sila muat-turun klik pautan :

  • Notis Mesyuarat –
  • Notis Pertukaran Tempat –
  • Panduan dan Tatacara –
  • Buku Laporan Tahunan Mesyuarat Agung Kali ke – 26/2022 –