Kakitangan syarikat-syarikat anak Permodalan Kelantan Berhad
Warganegara Malaysia
Umur tidak kurang 18 tahun
Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun;
CARA MEMOHON
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha
Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM10.00. Fee masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga
Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak RM50.00 (lima puluh ringgit).
Pemohon hendaklah mengisi borang potongan gaji(borang PG-1) yang membenarkan potongan dibuat untuk caruman yuran dan modal syer; sebarang perubahan jumlah potongan hendaklah dibuat didalam borang PG-2.
Pemohon juga hendaklah mengisi borang WASI (UUK 17(2)) bersama borang Permohonan keanggotaan dan
Pemohon akan diberi satu naskah percuma Undang-undang Kecil Koperasi bila diterima menjadi anggota.