Sumbangan Anggota Sakit Kronik / Bencana Alam

SUMBANGAN ANGGOTA SAKIT KRONIK / BENCANA ALAM

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN ANGGOTA SAKIT KRONIK / KRITIKAL / BENCANA ALAM

  1. Seseorang anggota yang telah membayar saham dan yuran keanggotaan serta telah disahkan keanggotaan sahaja berhak menerima bantuan ini.
  2. Setiap anggota yang layak berhak menerima sumbangan elaun hospital ini selagi ada peruntukan dalam Kumpulan Wang Kebajikan Koperasi.
  3. Syarat kelayakan untuk memohon adalah Anggota. Hendaklah mengalami salah satu perkara di bawah.
  • Penyakit Alzheimer/ Demensia Teruk
  • Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  • Meningitis Bakteria
  • Tumor otak benign
  • Buta
  • Pembedahan otak
  • Kanser
  • Kardiomiopati
  • Anemia aplastik kronik
  • Koma
  • Pembedahan pintasan arteri koronari
  •  Pekak
  • Ensefalitis
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • AIDS dengan gejala penuh
  • Hepatitis viral fulminan
  • Serangan jantung
  • Pembedahan injap jantung
  • Jangkitan HIV melalui tranfusi darah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  • Hilang keupayaan bertutur
  • Trauma kepala major
  • Transplan organ utama/sumsum tulang
  • Penyakit sistik medular
  • Penyakit neuron motor
  • Sklerosis Multipel
  • Kelumpuhan anggota
  • Penyakit parkinson
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Penyakit arteri koronari serius
  • Pembedahan aorta
  • Lupus aritematosus sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk.
  • Kelecuran tahap ketiga

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah dengan menggunakan borang ‘Permohonan Sumbangan Anggota Sakit Kronik / Kritikal / Bencana Alam yang dikeluarkan oleh Koperasi PKB sahaja.
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertai dengan dokumen sokongan seperti salinan surat akuan sakit / laporan berkaitan dan surat beranak atau my kad.
  3. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Majikan masing-masing sebelum dihantar ke pejabat Koperasi.

Jenis bencana alam yang diberikan sumbangan kepada mangsa antaranya,adalah berikut :

1. Banjir
2. Kebakaran
3. Tanah runtuh

PERUNTUKAN SUMBANGAN
BIL
  • 1
  • 2
PERUNTUKAN (RM)
  • 500.00
  • 500.00
BERKUATKUASA PADA : 06/05/2018

DOWNLOAD BORANG SUMBANGAN SAKIT KRONIK/BENCANA ALAM DISINI :